Header

Tuesday, March 24, 2009

B adalah panggilan daripada Bonda untuk Walid ye...

Kehadapan Anakandaku, Avin Nurdamia Alhamra

Tiada apa yang lebih mengembirakan hati kami sebagai ibu dan bapa selain daripada melihat anakanda sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan gembira sentiasa.

Kami juga menyedari, sedari umur akananda Damia 1 tahun 2 bulan, anakanda sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang anakanda di dalam proses pembelajaran untuk bercakap.

Antara perkataan-perkataan terawal yang keluar daripada mulut anakanda ialah "baby", "cantik", "wahh", "nak", "kakak", "smile" dan "milk".
Anakanda petah menyebut perkataan-perkataan tersebut walaupun lidah anakanda masih pelat, namun tetap kami dapat menangkap butiran sebutan perkataan tersebut dari mulut mungil anakanda itu.

Tatkala tika ini, anakanda di dalam proses untuk meniru segala sebutan yang sering anakanda dengari. Baik yang didengar menerusi percakapan harian, mahupun yang didengar menerusi televisyen dan radio.

Kami memang sangat teruja dengan perkembangan terbaru dari anakanda ini. Kadangkala membuat kami terfikir betapa hebatnya kuasa Allah yang menciptakan akal pada manusia, yang membolehkan proses pembelajaran dan penilaian.

Akan tetapi, duhai anakanda Damia yang tercinta...
panggilan "B" yang sering diucapkan oleh Bondamu terhadap Walid adalah panggilan yang telah dikhaskan untuk Walid oleh Bonda sejak lebih 5 tahun yang lalu. ianya merupakan panggilan yang memberikan erti yang mendalam. Panggilan dari seorang isteri terhadap seorang suami, yang membawa 1001 makna.

Mungkin kerana dikau selalu terdengar ucapan "B"dan "V" yang keluar dari mulut kami berdua, maka kamu dengan sendirinya telah belajar dan tersemat di dalam ingatan untuk memanggil Walidmu ini dengan panggilan yang sama digunakan oleh Bondamu jua.

Tidaklah terdetik perasaan marah di hati Walid dan Bondamu ini tatkala perkataan "B" terpacul dari mulutmu ketika dikau cuba memanggil daku. Panggilan "B" yang terucap oleh bibir mulutmu itu seakan menyentuh perasaan, namun ketahuilah oleh mu duhai Avin Damia, perkataan "B" telah dikhaskan hanyalah untuk Bondamu terhadap Walid.

Adalah menjadi harapan kami berdua agar anakanda Damia segera dapat membezakan panggilan khusus untuk Walid dan Bonda.

Di hati kecil kami sebenarnya berasa kagum dan teruja tatkala dikau menyapa Walidmu ini dengan perkataan "B" sambil tanganmu menepuk-nepuk bahu Walidmu ini untuk mendapatkan perhatian. Namun ketahuilah olehmu bahawa panggilan yang sesuai untukmu kepada Walidmu ini ialah "Walid" dan bondamu ialah "Bonda".

Kami mendoakan semoga keinginan dan kepantasan dikau untuk mempelajari sesuatu yang baru itu akan kekal dan semakin menebal di dalam diri. "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina"

Kami sayangkan Damia dengan sepenuh jiwa dan raga!

Ikhlas,
Walid & Bonda

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Related Posts:

  • Kantoi merendek!!PANGGGGGG BEDEBUSSHHH sekali kat aku... sbb ngengada wat tajuk bukan2.. tidak... masviona.com tidak menyokong unsur2 tidak sihat.. tiada lucah, tiada skodeng, tiada aksi terlampau, tiada pramugara, tiada pramugari.. masviona.… Read More
  • Selingan..... Damia @ 1 tahun 7 bulanMacam yang aku pernah katakan dulu, blog ni merupakan satu wadah untuk kitorang mencatatkan perkembangan n aktiviti family kitorang..so kat sini aku nak update, wajah terkini Avin Damia sewaktu berumur 1 tahun 7 bulanjom kita… Read More
  • Panduan Mendidik Anak N3 kali nih n3 fresh nih...hehehe. Nape aku leh kata gitu. Sebabnya aku baru jer dpt email nih drp sorang kawan blogger nih. Pas je habis aku baca aku terasa terpanggil (sila kagum ngan ayat skema aku ye) lak nak sharing² n… Read More
  • Haa.. tu la.. tidooo lagi!!!Sebelum apape, biar la aku habiskan gelak aku dulu..kahakhakah..bukan apa..sbenarnya aku terhibur kat masjid td.. uhuhmana tknya.. ada kelakuan menggelikan hati berlaku depan mata..aku solat jumaat kat masjid tentera kem sg b… Read More
  • Terimbau......Semalam adik ipar aku mai umah sat...dia nak pass brg2 hantaran dia tu..ye la kan viona kene gubah kan...dalam pada tu,aku dok teringat je camna debaran hati masa nak kawen dulu..gille aaa..panin pala ooo..prepare utk majlis … Read More

8 Comments Uols:

CuTeMiUt78 said...

heh..heh..heh.. biasa la kan anak yg baru nak baru belajar bercakap, dia akan ikut je segala sebutan yg dia selalu dgr tanpa mengetahui maksud sebenar....

hidayah | salim said...

hahahaha..b b b...(panggil damia sambil tepuk bahu)..hahaha

sesungguhnya sangat klaka kerana pernah menyaksikannye..hikss...

sungguh sadis surat walid untuk AD ini..hehehe...

~ain said...

mak saya pernah bagitau, dulu masa saya kecik2 pun saya panggil ayah saya "abang" dan mak pulak saya bantai panggil "sayang" hahaah.. lastly, mak panggil ayah juga. dan ayah pun panggil mak.. sampai ke laaa ni..

syanis said...

herm.... dier br nak meniru... nnt dier dah paham,,, ok tu,... bebudak gtu la.....hehe

sue-ana said...

moral of d stori,
silalah bahasakan diri dengan panggilan ayah, ibu, bonda, walid, mak abah dsb dengan psgn masing2 spya anak2 terikut memanggil dgn nama2 tersebut.cewah!

Unknown said...

aduhai damia,cerdiknya dia.Cian bonda n walid sehingga kerna tulis warkah utk damia.Hehehe...

So,my sis n bro,pasni kena tukar panggilan ker??

attyfir said...

dulu fir pun mcm tu..lelama..bila dia sebut..kita betulkan..lama2 dia tau..

Anonymous said...

keh.. keh.. keh.. panggil walid "B" yer... pandaaaaiiii...

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!