Header

Tuesday, March 24, 2009

B adalah panggilan daripada Bonda untuk Walid ye...

Kehadapan Anakandaku, Avin Nurdamia Alhamra

Tiada apa yang lebih mengembirakan hati kami sebagai ibu dan bapa selain daripada melihat anakanda sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan gembira sentiasa.

Kami juga menyedari, sedari umur akananda Damia 1 tahun 2 bulan, anakanda sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang anakanda di dalam proses pembelajaran untuk bercakap.

Antara perkataan-perkataan terawal yang keluar daripada mulut anakanda ialah "baby", "cantik", "wahh", "nak", "kakak", "smile" dan "milk".
Anakanda petah menyebut perkataan-perkataan tersebut walaupun lidah anakanda masih pelat, namun tetap kami dapat menangkap butiran sebutan perkataan tersebut dari mulut mungil anakanda itu.

Tatkala tika ini, anakanda di dalam proses untuk meniru segala sebutan yang sering anakanda dengari. Baik yang didengar menerusi percakapan harian, mahupun yang didengar menerusi televisyen dan radio.

Kami memang sangat teruja dengan perkembangan terbaru dari anakanda ini. Kadangkala membuat kami terfikir betapa hebatnya kuasa Allah yang menciptakan akal pada manusia, yang membolehkan proses pembelajaran dan penilaian.

Akan tetapi, duhai anakanda Damia yang tercinta...
panggilan "B" yang sering diucapkan oleh Bondamu terhadap Walid adalah panggilan yang telah dikhaskan untuk Walid oleh Bonda sejak lebih 5 tahun yang lalu. ianya merupakan panggilan yang memberikan erti yang mendalam. Panggilan dari seorang isteri terhadap seorang suami, yang membawa 1001 makna.

Mungkin kerana dikau selalu terdengar ucapan "B"dan "V" yang keluar dari mulut kami berdua, maka kamu dengan sendirinya telah belajar dan tersemat di dalam ingatan untuk memanggil Walidmu ini dengan panggilan yang sama digunakan oleh Bondamu jua.

Tidaklah terdetik perasaan marah di hati Walid dan Bondamu ini tatkala perkataan "B" terpacul dari mulutmu ketika dikau cuba memanggil daku. Panggilan "B" yang terucap oleh bibir mulutmu itu seakan menyentuh perasaan, namun ketahuilah oleh mu duhai Avin Damia, perkataan "B" telah dikhaskan hanyalah untuk Bondamu terhadap Walid.

Adalah menjadi harapan kami berdua agar anakanda Damia segera dapat membezakan panggilan khusus untuk Walid dan Bonda.

Di hati kecil kami sebenarnya berasa kagum dan teruja tatkala dikau menyapa Walidmu ini dengan perkataan "B" sambil tanganmu menepuk-nepuk bahu Walidmu ini untuk mendapatkan perhatian. Namun ketahuilah olehmu bahawa panggilan yang sesuai untukmu kepada Walidmu ini ialah "Walid" dan bondamu ialah "Bonda".

Kami mendoakan semoga keinginan dan kepantasan dikau untuk mempelajari sesuatu yang baru itu akan kekal dan semakin menebal di dalam diri. "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina"

Kami sayangkan Damia dengan sepenuh jiwa dan raga!

Ikhlas,
Walid & Bonda

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Related Posts:

  • Lagi satu koleksi LV sayaYes uols, there are no other words than ALHAMDULILLAH Ya Allah. Sgt² bersyukur diatas segala²nya yang saya miliki selama ini....keluarga, ipar duai n yg pastinya ibu bapa n ibu bapa mertua....kawan² n anak n yang yang paling … Read More
  • Diary of a Wimpy Kid 2Weols satu family tadi menonton movie ni haaaa...saje mempergunakan tix free gsc bagi utk pemegang cc gsc eon bank. Patutnya banyak kali dh dpt free ni but weols xpernah nak guna sbbnya dia hanya inform 2 hr before date tix … Read More
  • Dokumentari Phuket - Part 6 : Journey to Krabi - Maya Bay Assalaaamualaikum!!! Maap maap maap! tetiba rasa macam Nabil plak! Sooo sorry la weh kengkawan semua... ! dan juga sorry pada diri sendiri sebab lewat plak nak sambung cerita kenangan cuti di Phuket! ngeee.. ni pun gig… Read More
  • Oreo Daddy DunkWeols ada kt sini skrang ni.......Avin Damia ngan Walid dia dah siap buat aksi stunt dah kat event ni tadi....hehehe. Besttttt! Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan… Read More
  • Makan2 di BelangaMakan2 time sementara menunggu client prebetsabu drp Sabah datang KL. 2 days in a row datang bertengggek kt Mid Valley ni.   Tempat mkn favvy x lain n tak bukan kat Belanga jelah.......hehehe Yang baik kita sampa… Read More

8 Comments Uols:

CuTeMiUt78 said...

heh..heh..heh.. biasa la kan anak yg baru nak baru belajar bercakap, dia akan ikut je segala sebutan yg dia selalu dgr tanpa mengetahui maksud sebenar....

hidayah | salim said...

hahahaha..b b b...(panggil damia sambil tepuk bahu)..hahaha

sesungguhnya sangat klaka kerana pernah menyaksikannye..hikss...

sungguh sadis surat walid untuk AD ini..hehehe...

~ain said...

mak saya pernah bagitau, dulu masa saya kecik2 pun saya panggil ayah saya "abang" dan mak pulak saya bantai panggil "sayang" hahaah.. lastly, mak panggil ayah juga. dan ayah pun panggil mak.. sampai ke laaa ni..

syanis said...

herm.... dier br nak meniru... nnt dier dah paham,,, ok tu,... bebudak gtu la.....hehe

sue-ana said...

moral of d stori,
silalah bahasakan diri dengan panggilan ayah, ibu, bonda, walid, mak abah dsb dengan psgn masing2 spya anak2 terikut memanggil dgn nama2 tersebut.cewah!

Unknown said...

aduhai damia,cerdiknya dia.Cian bonda n walid sehingga kerna tulis warkah utk damia.Hehehe...

So,my sis n bro,pasni kena tukar panggilan ker??

attyfir said...

dulu fir pun mcm tu..lelama..bila dia sebut..kita betulkan..lama2 dia tau..

Anonymous said...

keh.. keh.. keh.. panggil walid "B" yer... pandaaaaiiii...

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!