Header

Wednesday, December 24, 2008

Warkah untuk Abah

Alhamdulillah, dikau masih mampu berdiri tegap
Masih mampu bergelak tawa

Jika melihat raut wajahmu,
Jelas kelihatan ketegasan dirimu
Namun kami semua tahu
Disebalik ketegasan itu
Dikau menyayangi keluargamu ini
Lebih dari segalanya

Dari dahulu hingga kini
Dikau sentiasa membimbing kami
Walau dikau lebih banyak mendiamkan diri
Namun nasihat dan arahanmu jelas tatkala kami memerlukannya

Dengan bantuan Mama
dikau mencorak kami semua
membesarkan kami di suasana bandar memang terlalu banyak cabaran
Alhamdulillah, dikau berjaya membentuk kami dari hanyut
Membentuk kami dengan acuan dikau tersendiri

sekarang kami mengerti
Betapa besarnya pengorbanan yg dilakukan
Untuk membesarkan kami 6 beradik
Dengan segala macam kerenah
Namun dikau dengan tenang dan adil dapat membahagiakan kami
Walau hidup secara sederhana

hari ini, 24 disember, merupakan hari lahirmu
Maafkan anakandamu yg seorang ini
Kerana tidak dapat berada disamping mu beserta keluarga yang lain
Untuk meraikan hari bersejarah ini

Hanya yang termampu, dari jauh ku kirimkan doa untuk kebahagiaan dirimu

Dirimu tiada tolok bandingan buat diriku
Aku jadikan ketabahan, kesabaran, kewarasan dan kebijaksanaanmu sebagai asas membentuk keluargaku kini...

Selamat hari lahir..
Nas sentiasa sayang Abah!

*malam ni semua keluarga Nasir ada dinner kat restoran area amcorp mall. Malang sggh aku tak dpt join. Moga kehadiran viona n damia tetap dpt menggembirakan hati abah walaupun anak laki tunggal dia ni xde.

-Sent via Nokia E71-

Related Posts:

  • DOT DOT DOTMalas Malas Arini mcm malas je Tapi minggu ni byk nk citer dlm masviona.com ni Nnti kita discuss psl duit.. Ada reader email mv tanya psl interest.. Nnti kita sembang psl intetest ek Camna nk kira daily basis/rest per ann… Read More
  • Bila Dah BerjanjiDi suatu petang yg golap hening park je kete depan gate kat luar umah tetiba avin damia dahh menjerit²....huhuhuKebetulan bibik bawak dia keluar coz nak siram bunga kat laman umah (yg ku yg dah sepasu dua tuh jer lah pun..… Read More
  • LIVE: Family Time!Yaaahhhh waktu yg dinanti...! Waktu bersama keluarga .... Now weols satu family kat Mines... Ada misi... Ahahahah... Nak tengok wayang lorrr... Citer tuuu laaa... Hahah.. Nnti la aku bgtau citer apa.. Tunggu full n3... Y… Read More
  • LIVE: Dari Shah Alam Ke Gombak Ke SelayangRaya raya dan terus raya Tadi pagi weols beraya kat shah alam.. Kunjungan balas raya ke umah kak long shima.. semua ada situ adik beradik.. Kecuali nakeisha je Now d gombak lak.. Beraya jgk.. Sat lg ke selayang.. Sian kat… Read More
  • LIVE:XBerry PartyNow weols ada kat sekitar party ni berlangsung.Patut kol 8pm td start but weols adlh terlewat smpai dlm 30 mnt....kerana weols sebuk dok menghadiri jemputan open house sana sini kan.Nak balik tak sangka lak jalan jem sana sin… Read More

4 Comments Uols:

CuTeMiUt78 said...

takpe la.. viona dan avin sebagai pengganti.. tentu... terubat rindu dihati

Anonymous said...

cepatnya masa berlalu.. bila tgk balik parents kita, rupanyer mereka dah tua... kita pon dah makin berusia.. dah ada family sendiri, anak2 makin membesar..

Anonymous said...

terfikir, sampai bilakah kita boleh menghabiskan masa dgn mereka..

moga abah dan mama dipanjangkan usia..

amin..

Anonymous said...

Rindu nya pada abah dan mama:(

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!