Header

Wednesday, December 24, 2008

Warkah untuk Abah

Alhamdulillah, dikau masih mampu berdiri tegap
Masih mampu bergelak tawa

Jika melihat raut wajahmu,
Jelas kelihatan ketegasan dirimu
Namun kami semua tahu
Disebalik ketegasan itu
Dikau menyayangi keluargamu ini
Lebih dari segalanya

Dari dahulu hingga kini
Dikau sentiasa membimbing kami
Walau dikau lebih banyak mendiamkan diri
Namun nasihat dan arahanmu jelas tatkala kami memerlukannya

Dengan bantuan Mama
dikau mencorak kami semua
membesarkan kami di suasana bandar memang terlalu banyak cabaran
Alhamdulillah, dikau berjaya membentuk kami dari hanyut
Membentuk kami dengan acuan dikau tersendiri

sekarang kami mengerti
Betapa besarnya pengorbanan yg dilakukan
Untuk membesarkan kami 6 beradik
Dengan segala macam kerenah
Namun dikau dengan tenang dan adil dapat membahagiakan kami
Walau hidup secara sederhana

hari ini, 24 disember, merupakan hari lahirmu
Maafkan anakandamu yg seorang ini
Kerana tidak dapat berada disamping mu beserta keluarga yang lain
Untuk meraikan hari bersejarah ini

Hanya yang termampu, dari jauh ku kirimkan doa untuk kebahagiaan dirimu

Dirimu tiada tolok bandingan buat diriku
Aku jadikan ketabahan, kesabaran, kewarasan dan kebijaksanaanmu sebagai asas membentuk keluargaku kini...

Selamat hari lahir..
Nas sentiasa sayang Abah!

*malam ni semua keluarga Nasir ada dinner kat restoran area amcorp mall. Malang sggh aku tak dpt join. Moga kehadiran viona n damia tetap dpt menggembirakan hati abah walaupun anak laki tunggal dia ni xde.

-Sent via Nokia E71-

Related Posts:

  • Pustaka RakyatSemalam aku ada sedikit meeting n trening berkenaan kerja lah apa lagi kan. Lepas balik opis smlm aku punya ler excited nak gi carik buku² untuk opis (padahal lepas dah kena sound) coz kat opis kecik weols nih xde buku² nih s… Read More
  • Layan anak dara yg lasakSemalam weols makan kat KFC yg bersebelah ngan pizza hut dekat ngan metro point tuh. Kitorg tak order anything special oun avin damia coz weols expect dia dah kenyang coz dlm kol 5.30 or 6pm dia dah siap² makan kat umah. Mmg … Read More
  • Membizi MengemasBaru smpai umah dari satu tempat nih (rahsia lah dulu...hiksss saje gatal mls nak bitau awal²) but perlu bergegas² utk mengemas all the stuff kepunyaan prebetsabu coz sat² lagi dia nak travel ke Kelantan lak.Ada site baru nak… Read More
  • Pearl CreamPernah dgr pasal pearl cream nih??? or krim mutiara ataupun serbuk mutiara pernah dgr tak???Aku pernah ler dgr before this, yg serbuk mutiara nih elok lah apa lah semua tuh kan n selalunya benda² nih aku dgr pun bila gi ke ke… Read More
  • LIVE: Fiery Crunch...Tgk iklan gempak je...Siap nangis2 tahan pedas..Now we all tgh mencuba resipi terbaru kfc..Try tst tgk ada kasi merah2 muka tak tahan pedas..Huhuhuh...Secara fizikalnya, tak ubah mcm hot n spicy biasa cumanya di tabur ngn ser… Read More

4 Comments Uols:

CuTeMiUt78 said...

takpe la.. viona dan avin sebagai pengganti.. tentu... terubat rindu dihati

Anonymous said...

cepatnya masa berlalu.. bila tgk balik parents kita, rupanyer mereka dah tua... kita pon dah makin berusia.. dah ada family sendiri, anak2 makin membesar..

Anonymous said...

terfikir, sampai bilakah kita boleh menghabiskan masa dgn mereka..

moga abah dan mama dipanjangkan usia..

amin..

Anonymous said...

Rindu nya pada abah dan mama:(

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!