Header

Tuesday, March 26, 2019

Perihal Bachelorette Party.

4-5 hari lepas, kecoh hal Bachelorette Party oleh orang Melayu kita.

Ini pandangan saya, selaku peniaga dan pembekal barangan party.
.

Menelusuri semula sejarah Bachelorette Party ni, ianya adalah sambutan oleh masyarakat Spartan dari kurun lama Greece, untuk meraikan bakal pengantin lelaki.

Kemudian, setelah digabungkan dengan tradisi Bridal Shower yang diamalkan oleh penduduk Belanda sekitar abad ke 16, maka wujudnyalah majlis Bachelorette party seperti yang semakin diamalkan sekarang.

Bachelorette party zaman ni, yang dipelopori dan diamalkan meluas di negara barat kini melibatkan kedua pihak bakal pengantin lelaki serta wanita, dalam majlis yang berbeza.

Ianya sering menjadi party liar, dengan simbol seks sebagai penyudah kepada zaman keterunaan serta dara.

Dan Bachelorette party menjadi semakin mainstream pada tahun 1981 apabila majlis yang diraikan buat gabenor New York pada ketika itu mendapat liputan media.
.

Di Malaysia, majlis seperti ni dah tak asing lagi..

Ekoran dari pengaruh cerita movies dari Hollywood yang memaparkan aktiviti party sedemikian.

Ada yang menggambarkan party sebegitu dengan kehadiran penari bogel, mabuk sampai tak ingat dunia dan pelbagai lagi aktiviti tidak bermoral serta rendah akhlaknya.

Sayang sekali, benda yang tak elok lagi cepat diikuti dan perasaan "Wah aku orang modern lah sambut camni.. aku urban!" telah menjadi bisikan syaitan bagi melalaikan serta menyesatkan umat kita sendiri.
.

Di premis kami, benar, kami juga ada membekalkan barangan ASAS untuk menyambut dan meraikan majlis ala-ala Bachelorette party.

Kami membekalkan selempang (sash) serta beberapa design belon Bachelorette party dan bridal shower, tiara dan lencana.

Kami tidak membawa masuk SEBARANG party items yang bercorak dan berimej sexual.

Sebarang games bertema Bachelorette party juga kami tidak bawa masuk kerana games tersebut semuanya pada kiraan kami adalah tidak bermoral dan tidak menepati adat ketimuran, apatah lagi agama.
.

Young girls, Muslimat kita, meraikan majlis ala Bachelorette sekadar utk menandakan ucapan selamat serta meraikan perhubungan baik mereka sebagai sahabat.

Kerana, umum tahu, apabila telah bekeluarga kelak, makan masa akan lebih tertumpu utk suami serta pembangunan kekeluargaan.. settle down.. anak pinak.

Ini tidak menjadi masalah kerana meraikan silaturrahim dan sebagai majlis penutup akan keakraban persahabatan.
.

Namun yang tular baru-baru ni..

Masyarakat Muslim kita meraikan majlis sedemikian dengan alatan yang tidak senonoh, adalah tidak seharusnya berlaku.

Dimanakah nilai moral dalam diri kita, seandainya pun kita tidak mahu bercakap dan mengulas soal agama?

Adakah semangat serta budaya sopan ketimuran kita telah lenyap dan dipengaruhi budaya barat yang memesong?

Saya sendiri selaku antara player utama dalam industri ini berasa malu dengan penularan sedemikian.

Benar, ianya bukan perkara baru.

Tapi seharusnya akal dan kewarasan kita boleh berfikir dan mengelakkan diri kita dari terjerumus.
.

Tidaklah bermakna, kita kolot jika kita tidak mengikut cara Barat.

Tapi inovasi sesuatu perkara itu penting dalam memastikan ianya berada dilandasan yang betul.

Raikanlah, tapi berpadalah.

Jangan kita lupa tujuan asal kita.

Mereka yang dirai hendak membina masjid..

Mengapa kita jadikan permulaan pembinaannya dengan membina jambatan ke neraka?
.

Marilah kita bermuhasabah seketika.

Silaturrahim perlu dijaga dan dirai, tapi bukan sebegitu tanpa sempadan agama.

Saya berdukacita dengan penularan tersebut. 

Marilah kita berubah ke arah yang lebih baik.

.
Nash 
Chief Executive Officer 
Glowing Concept Sdn Bhd.
#GlowingParty™ 
#Glowtex™
#BangsaNiaga
Masviona Muhamad

Related Posts:

  • Wish List yg dah TercapaiSalah satu aku nyer wish list dah tercapai dah tahun 2008 nih.Skali my wish list yg paling bawah lak yg tercapai dulu. Pada bulan lepas maka termakbul lah impian ku...huhu.... dengan kelahiran 1445 yg baru yg dah menjadi idam… Read More
  • Main Kejar²Kuar opis kol 4.30pm terus berdesup gi ke kerete, maklumlah aku ngan prebet dah plan dah sesiap, hari nih berbuka kat luar. Skali baru ingt yg hari nih kami dtg asing².errrmmm...dlm hati malas nye ler nak drive slalu tuh aku … Read More
  • Sama lah PlakSeriyes kami tak berpakat ok.Location (eceh..location..tempat kami duduk ler kiranya) pun tak sama tempat ye.Tapi kami memang sangat sehati dan sejiwa lah agaknye kan...hahahaha. leh lak kami publish entry pada masa yg sama c… Read More
  • Demi Isteri.....sila abaikan keadaan wet kitchen saya yg berselerakKasih sayang seorang suami mithali mmg tdk boleh disangkal lagi....hehehe. Ayat mesti power noq (dgn harapan suaminya itu akan cair...hahaha).Demi menunaikan impian dan memu… Read More
  • Dia Dah Dapat Dah!!!Malam semalam kan aku gi shopping barang dapur kan. Pastu ingat tak psl entry aku nak gi shopping mopping tuh. Prebetsabu kan ada tggl komen mintak aku rasuah dia soh belikan sandal...Skali masa jenjalan tuh, terlalu-lalang l… Read More

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!