Saturday, November 27, 2010

Jom Mengasah.. Tajam menikam :)

Teringat pulak ahkak dengan album dari Ukays, Tajam Menikam. Syiok uols layan lagu Ukays tu. Suara Amir tu sangat berfrekuensi tinggi! Bergegar jiwa raga.

tu lah dia tetiba je weols teringat kat album tu gara-gara aktiviti anak beranak sedang mengasah pensil warna si Puteri Mv.com ni lah :)

Avin Damia memang sangat suka mewarna. Ada banyak set pensil warna dia. Tapi semua sudah bercampur baur hikkss. Set Pooh dah bercampur set Princess.. Owhhh susah juga dibuatnya nak asingkan semula set tu semua.

Lepas dah segregate color tu semua, tibalah masa untuk kita mengasah. Baru mudah nak mewarna bila dah tajam kan?

Tapi timbul masalah baru hikkss sharpener dah hilang. Bila tanya avin mana sharpener? Dia jawap dalam toys basket.

Dan bermulalah pula aktiviti menyelongkar harta karun dalam bakul mainan avin, diketuai oleh avin sendiri... Lepas habis selongkar akhirnya jumpa jumpa juga!

"Lepas dah sharp nanti avin simpan dalam box ye!" Kata avin

Hah tau pun! Dulu takmo simpan dalam pencil box. Bila nak pakai baru kelam kabut mencari :D

Sent via BlackBerry from Maxis

0 Comments Uols:

Post a Comment

Kami mengalu2kan komen & cadangan dari anda semua. Tapi kene la anda sume waras & bersikap rasional.. jgn nak komen yg ntah hapehape... ok?