Header

Tuesday, November 02, 2010

Apa Khabar Orang Kampung?

Terus terang aku hendak beritahu, sudah gak terlalu lama weols tidak berkunjung pulang ke kampung halaman, baik di Kelantan mauhupun yng dekat di PJ ni sorry ye Mama & Abah, Mek & Ayoh, tak kesempatan lah! But kalian semua senantiasa berada di hati weols!

Bila tiba hujung tahun ni, seperti tahun-tahun sebelum ni, lagi lah membuatkan weols liat nak balik kampung. Sebab apa? Sebab di Pantai Timur, hujung tahun macam ni sellunya ada pesta air banjir! Dan tidak lupa juga pesta tanah runtuh!
credit to google

Jika diintai-intai melalui dada akhbar juga sudah terdengar isu banjir terutama di Kedah dan juga di Besut Kelantan. Pasti tidak berapa lama lagi, Kawasan Pasir Mas, Kuala Krai dan sekitarnya pula yang akan mengalami masalah banjir.

Mujurlah kampung weols di Kok Lanas selalunya tidak terkena dengan tempias banjir, tapi tetap juga tidak selesa dek kerana hujan yang berpanjangan. Aktiviti harian kerap terganggu tiap kali tibanya musim hujan. Tiadalah lagi aktiviti di kebun-kebun, dan sukarlah juga aktiviti jualan harian dek kerana ramai yang memilih untuk tinggal di rumah sahaja.

Penyakit juga akan meningkat kadarnya. Sudahlah kebelakangan ini kes denggi di kelantan berada di tahap yang membimbangkan, ditambah pula denan musim hujan tengkujuh, lagi memburukkan keadaan. 

Buat mereka-mereka di kampung halaman weols, sentiasalah berwaspada di musim hujan ni. Jalan akan menjadi basah, maka berbahaya buat kenderaan. Peka la juga terhadap amaran-amaran pihak berkuasa berkenaan keadaan jalan yang ditutup dan juga amaran tanah runtuh. Pastikan seisi rumah hanya meminum minuman yang telah dimasak, elakkan jangkitan kuman serta cirit birit, dan yang paling ditakuti, elakkan jangkitan taun.

Juga pesanan khas untuk adik-adik sekalian, memang pada musim tengkujuh lah peluang cerah untuk korang semua bermain air kan? Tapi berhati-hatilah, jangan terleka dan mengundang bencana.

credit to google

Semoga musim tengkujuh kali ini tidak mengorbankan nyawa seperti mana musim tengkujuh pada tahun-tahun lepas. Dan semoga Hri Raya Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi dapat disambut dengan meriah!

Doa kami Team Mv.com buat semua yang berada di kawasan banjir, moga semuanya dipermudahkan.


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Related Posts:

  • Budu Petua CantikBudu cerahkan kulit dan antipenuaanRAUT wajah Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim,Hamidah Sidek kelihatan seperti gadis 20-an walaupun umur sebenarnya adalah 40 tahun.Apabila ditanya rahsia awet… Read More
  • Panduan Mendidik Anak N3 kali nih n3 fresh nih...hehehe. Nape aku leh kata gitu. Sebabnya aku baru jer dpt email nih drp sorang kawan blogger nih. Pas je habis aku baca aku terasa terpanggil (sila kagum ngan ayat skema aku ye) lak nak sharing² n… Read More
  • Masa utk merileekksssss......korang sume dah selamat sampai kat umah?amacam tadi keje? settle?ke otak dah menerawang igt nak bercuti 3 hari ni je?huhuuh...so apa plan korang cuti2 ni?harap2 dapat spend dgn bijak..lawat sedara mara ke..bawak anak2 g lawat… Read More
  • Bulan Mengawan Dah Tiba...Agak keras plak ayat aku kat title tu kan?sorriiii..tp mmg betul kan...tiap kali tiba musim cuti sekolah, time tu jgk la tibanya bulan mengawan.... huuhuhbulan utk pasangan melangsungkan perkahwinan..memeterai ikatan yg suci.… Read More
  • Perihal wanita zaman sekarangPatang smlm, kwn lama aku tetiba ym..Mengadu dia dok pening kepala dgn pe'el wanita zaman skrg...Or lebih tepat lagi isteri zaman moden..Kata dia, pompuan zaman skrg ni dah jadi lebih angkuh..Mungkin sbb ramai wanita yg dh su… Read More

2 Comments Uols:

*Tinie* said...

Alo ...pembetulan....Besut tu kat Ganu la

prebetsabu said...

ala tinie.. kasik can la..

buke ke sempade? oghe besut pun kecek klate hehehe

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!