Header

Wednesday, October 21, 2009

Ini Kawan Saya..

Saya ada seorang kawan. Nama dia Shariman.
Saya kenal kawan saya ini sejak tahun 2003 lagi.
Dahulu saya dan Shariman ialah rakan sekerja.

Kini Shariman telah menjadi seorang Guru.
Beliau mengajar di sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi.
Beliau ialah seorang guru Bahasa Inggeris.
Isteri beliau juga seorang guru Bahasa Inggeris juga.

Pada suatu hari, Shariman menghantar SMS kepada saya.
Dia menjemput saya sekeluarga untuk hadir ke majlis rumah terbuka beliau.
Pada ketika itu, saya sangat gembira kerana dijemput.
Saya tersenyum riang kerana kegembiraan tersebut.

Apabila tiba hari yang dimaksudkan, saya sekeluarga telah pergi ke rumah Shariman.
Rumah beliau terletak di bandar baru bangi juga, tidak begitu jauh dari rumah saya.
Kira-kira 15minit perjalanan menaiki kereta, kami tiba di rumah beliau.
Saya memandu dengan berhati-hati kerana saya mendengar nasihat dan kempen yang disarankan oleh kerajaan, "Berhati-hati di jalanraya. Anda mampu mengubahnya".

Hati saya sekeluarga sungguh girang dan gembira.
Kami sungguh gembira kerana dapat beraya di rumah Shariman.
Untuk pengetahuan, ini ialah kali pertama kami sekeluarga pergi ke rumah Shariman.
Ini adalah kerana, Shariman baru sahaja berpindah di rumah ini.
Maka yang demikian, kami teruja untuk berkunjung ke rumah barunya, dan rumah baru Shariman itu sungguh cantik.

Semasa tiba di rumah beliau, kami berbual mesra.
Selepas berbual, kami diajak untuk menjamu selera.
Terdapat sangat banyak makanan yang disediakan oleh Shariman dan isterinya.
Makanan-makanan tersebut sungguh enak.

Ketika kami semua sedang makan, anak saya, Avin Damia pula sibuk bermain bersama Hana, anak kepada Shariman.
Mereka begitu asyik bermain dan kelihatan sungguh ceria.
Mereka juga makan bersama-sama, saling suap menyuap.

Setelah beberapa lama menghabiskan masa di rumah Shariman, akhirnya saya dan keluarga membuat keputusan untuk berangkat ke destinasi seterusnya.
Kami saling bersalaman.
Itulah dia kisah sewaktu saya serta keluarga beraya di rumah Shariman, seorang guru.

Oh ya, sebelum saya terlupa, izinkan saya meletakkan beberapa keping gambar sewaktu di rumah Shariman tersebut sebagai kenangan.

Saya sudahi dengan pantun dua kerat.
Jawap, jangan tidak jawap pula!

Pecah Kaca Pecah Gelas,
Sudah Baca Harap Balas.

(120 patah perkataan)













Kelas Banguuunnnnnnnnnnn!!!

TERIMA KASIH CIKGU!!!!


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Related Posts:

  • Fountain Lama Bernafas Baru Uols ingat lagi tak n3 nih????? #loyal readers yg dh bertahun ngan mv.com nih sure pernah terbaca lah kot yg baru2 nih sure tak pernah lah kan...hiksss Projek Hijaukan Laman Anda nih!!!! Hehehe...n3 lama sangat dah ni… Read More
  • Baju Pinkku vs Baju Pink Serina Time senggang ritu kan adalah saya dok menerjah blog Abang Nara kan. Baca punya baca terbacalah plak kisah pertunangan anak si tukang masak tersohor seantero dunia tuh sapa kalau bukan si mulut bertih jagung kita tuh kan h… Read More
  • Sambutan Syawal dan Raya Walid, Avin n Bonda. Selamat Hari Raya semua!!! Selamat Hari Raya Idul Fitri Minal 'Aidin wal Faizin daripada kami sekeluarga Team Masviona.com ye semua. This year turn kami sekeluarga balik beraya di Kelantan sbb… Read More
  • Chellow Vanilla Introducing our new pet.....inilah dia si Chellow Vanilla....meow meow. Anak dara saya nih cat lover rupanya...hikss dan ini semua adalah gegara anak dara weols sorang tuh lah....now weols dah ada new pet plak … Read More
  • Q-Dees Raya Celebration Macam isi surat kat atas nun lah, hari nih adalah hari kejadian sambutan raya kat Qdees Avin Damia. Makanya semalam saya sebok didapur untuk prepare makanan untuk dibawa kat sekolah dia esok. #tolong potong2 n isi dl… Read More

6 Comments Uols:

n0n0n said...

hahahahahaha...mentang2 beraya umah cekgu,tak pasal2 kluar karangan.....terkenang tyme skolah dlu...huhuhu

Anonymous said...

kah kah kahhh....

skima je ayat hari rabu ni erk...
time raya rmh cikgu baru sebok nak taip karangan erk....

xD

SYAbAR said...

Masviona,

Terima kasih kerana sudi singgah memeriahkan majlis di rumah Kak SYAbAR tempohari.

Cenderahati tu cute sgt dik.... Terima kasih sekali lg. Lalu kat area sini singgah2 la rmh akak ya!

rasp said...

karangan anda mendapat B+ hahahahaha...
sib baik i bukan cikgu, kedekut markah!

CuTeMiUt78 said...

walllaaa.. awat ayat skima ala2 buat karangan budak darjah 6 ni.. hik..hik..hik..

attyfir said...

adeh...speecless..sambil baca..sambil tersenyum..

cikgu amik tampal karangan awak kt papan putih ye..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!