Header

Tuesday, May 12, 2009

Kisah Anak Kecil Itu

Disuatu tengah hari ahad yg hening (eceh...ayat cam nak wat karangan bahasa melayu penulisan SPM jer rasanya...hikss), idak ler hening mana pun kottt...wakakaka.

Seorang budak kecik tgh khusyuk menonton tv channel 613 di astro di dlm bilik tidur ibubapanya....cerita apa terlupa pulak ibunya mau mengingatkan. Manakala ayahnya pula tengah lena diulit intan mimpi disiang hari.

Maka ibu budak kecil itu mengambil keputusan untuk mandi bagi membersihkan diri walau seketika cuma...ahakss. Sambil² mandi ibunya sempat ler 2-3 kali membuka pintu bilik mandi untuk melihat anak kecilnya itu....bukan apa ibunya kan cepat risau kot² anak kecilnya itu melakukan sesuatu yg diluar dugaan maklumlah tiada pengawasan org dewasa memandangkan ayahnya yg tengah lena tidor kan mungkin juge sedang melakarkan peta sulawesi, jika diukur dari segi dengkuran ibunya membuat pengiraan, mungkin sudah siap peta sulawesinya itu kot....wakaka.

Setelah 3 kali pintu bilik mandi dibuka dan ibu budak kecik itu masih melihat anak kecilnya itu masa lagi khusyuk menonton tv yang terkadang bertepuk tangan jika ada sesuatu yg mengembirakan dlm rancangan cartoon tersebut dan sekali sekali menari bersama² bila tiba part menari. Maka ibunya merasa gembira kerana dia pun sekejap lagi akan keluar kerana sudah hampir siap prosesnya untuk membersihkan badan tersebut.

Tetiba² ketika ibunya sedang leka mengesat² dan melap² badannya yg basah dengan tuala kesukaannya ibunya terdengar bunyi ketukan di pintu bilik mandinya yg bertubi² dengan suara manja anak kecilnya tadi memanggil² ibunya.

Lantas ibunya membuka pintu tersebut dengan perlahan². Lalu anak kecilya tadi cepat² memberitahu sesuatu akan ibunya. Ibunya tidaklah paham bijik butir percakapan anaknya itu namun ibunya dpt mengangak ada sesuatu yg terjadi.

Anak kecilnya tadi cepat² membawa ibunya kearah ditepi katil sambil tangannya tak lepas² menunjukkan sesuatu diarah tersebut. Ibunya menurut ajer ke arah yg ditunjukkan oleh anak kecilnya.

Setelah sampai ibunya menjerit sekuat hati sambil mengejutkan suaminya yg jugak ayah kepada anak kecil tersebut tapi ayah anak kecil itu masih dalam keadaan mamai maklum sajer lah kan


mau tau apa yg terjadi......??

lihat ajer gambar dibawah


ini yg dikerjakan oleh anak kecil itu



Mau tau siapakah anak kecil itu...?


sila lihat dibawah juga

ini ler budak kecil itu....hiksss


Mau tau siapakah ibu n ayah budak kecil ini.....?

ha tak yah ler uols nak ngengada ok....confirm uols dah tau kan.....ahaksss



MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

Related Posts:

  • Air pun HIJAU!!Aku rasa mmg sah la...kegilaan warna HIJAU yg ada kat CEO Mv.com, Masviona ni mudah berjangkit...skrg kat kampung dia pun dah menular wabak Obses Hijau nih..tu tgk la.. air kat kenduri pun hijau ok!!!viona dgn pose seksi bers… Read More
  • 1 Yr 7 Mthsmuka riang ria avin damiaEsok Jumaat 6 haribulan genap ler usia anak dara aku tuh setahun 7 bulan. Cepatnye masa berlalu.....time flies so fast....uhukkss.Macam² dah anak dara aku tuh pandai n ayang paling penting dia pandai … Read More
  • Kantoi merendek!!PANGGGGGG BEDEBUSSHHH sekali kat aku... sbb ngengada wat tajuk bukan2.. tidak... masviona.com tidak menyokong unsur2 tidak sihat.. tiada lucah, tiada skodeng, tiada aksi terlampau, tiada pramugara, tiada pramugari.. masviona.… Read More
  • Cekodokcekodok yg mengenyangkan weols senin yg lepasMacam² nama kan org panggil kuih nih.........ada yg panggil cekodok pisang.....ada yg panggil jemput²......ada gak yg panggil jemput pisang.......mcm² lagi lah.Tak kisah la apa pun… Read More
  • Live @ PJNow weols satu family kat umah my mama kat PJ. Tadi tgh weols kuar gi MV...Mid Valley la...ada nak jumpe org. Nak amik sesuatu pastu dah alang2 ada kat MV nih terus ler merendek dan merewang2 sambil menghabiskan fulus yg mana… Read More

11 Comments Uols:

Unknown said...

tak kira,irda nak ckp gak sapa la ibu bapa budak kecik nie!!!

Iaitu sis V n bro PS.

Hahahaha...

wan muliani said...

ahhaha kelakar betol la mak budak ni..yang penting note 50 tu sgt menjegilkan mata den yang kuyu ni..nak bole?dari campak2 kt lantai....hehehehe

lariiikss

prebetsabu said...

fuuhhh seb baik damia ni amat bijak..
dia tak koyak² kan duit tu..
uhuhuh..

eh b tido dengkur ke v?

mana ada kan kan kan?

aritu b penat la lps layak Jade (jade ialah nama seekor kuda....), so nak rest la barang seminit dua....

ngeh3

Dee said...

koyak ke? aisey..50 lak tu..sabar2..hehehe..

Dee said...

owh..sib baik x koyak..kehkehkeh..

Nurmala Mazlan said...

damia len kali nak bawa kua duit tu, jak aunty sekali tau..wakakakaka~

wakkk!!!! lanyak kuda??? #@%@#%^@$^@$^@

Ady Syam said...

Waaaaaa duit.... tapi suspen jugak laa apa yg di tunjukkan oleh budak kecik itu.... :P eh apa cerita ibu budak kecik itu ngeee (pura² tak tahu)

CuTeMiUt78 said...

uish.. saspen je.. makkk aaaiihhh sungguh pandai itu budak kecik.. sib baik tak dikoyakkan duit tu.. damia, lain kali kan.. klu nak main duit tu.. main ngan abg mirul skali.. nntikan mesti abg mirul ckp.. nak g beli minyak... :D

tini said...

sib baik tak dikoyaknya not 50 tu..kalu tak..haru...

Ada Dalina said...

hahahha.....
pandai ye avin damia cr duit bonda dia kat mana...
hehehheheh...

tuberose78 said...

avin, lenkali simpan duit2 tu pastu nanti bagi kat mak ude yang comel ni haa...

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!