Alhamdulillah..
dah 5 tahun terbinanya Istana bahagia antara aku ngn viona...
seperti org lain, mmg rumahtangga sentiasa dilanda badai...
itu perkara biasa..
daripada kami berdua dulu kosong...
skrg alhamdulillah cukup pakai cukup makan..
moga hari2 mendatang menjanjikan limpahan rezeki lagi buat kami sekeluarga..
so dikesempatan ni, jom kita sama2 menyemai kembali sifat2 positif yg perlu ada pada setiap suami n isteri..
aku amik info ni from
http://www.mail-archive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg01813.htmlsgt2 informatif.. byk lagi bende yg perlu aku perbaiki!!
CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI 1.Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak-anak serta
orang-orang yang di bawah jagaannya termasuk ibu bapa
yang sudah tua dan orang gaji sekiranya ada. Tanggung-
jawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi.
Orang yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab.
Orang yang benar-benar bertanggungjawab adalah kerana
takutkan Tuhan.
2. Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak-
anak.
3. Menyediakan nafkah lahir seperti makan minum, pakaian,
tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri dan anak-anak.
Pemberian nafkah lahiriah ini tidak termasuk barang
mewah (luxury)yang tidak boleh dituntut atau dipaksakan
kepada suami terutamanya dalam keadaan tidak mampu.
Namun dalam nafkah yang asasi itu sekiranya suami cuai
boleh dituntut. Begitupun kalau ada tolak ansur adalah
lebih baik dan lebih utama.
4. Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak-anak. Selaku
ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkan sikap
kasih sayang dan prihatin
. Kalau dalam sebuah institusi kecil rumahtangga, ketua keluarga tidak memberi kasih
sayang, di mana pula anggota keluarga itu hendak menga-
du dan bersandar. Lebih-lebih lagi suami selaku pendidik,
pendidikan hanya berjaya dengan kasih sayang dan sabar.
5. Sekiranya isteri atau anak-anak membuat salah, hendaklah
diberi tunjuk ajar. Secara fitrahnya anak isteri tentulah tidak
suka berbuat salah. Kalau terjadi juga kenalah ayah atau
suami memberi tunjuk ajar kerana kemungkinan mereka
membuat salah itu kerana kecetekan ilmu, kurang bim-
bingan, terleka, terlupa, dorongan perasaan dan nafsu.
6. Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat
jarang tetapi bukan tiada langsung di kalangan wanita
yang kuat jiwa dan akal, melainkan mereka lebih didorong
oleh perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah,
merungut, mendongkol, merajuk, membebel. Ini semua
adalah bentuk-bentuk luahan perasaan mereka. Lebih-
lebih lagi bagi isteri sepenuh masa yang menjalani rutin
kehidupan yang sama setiap hari. Situasi mereka itulah
yang memerlukan suami bertimbang rasa.
7. Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkan-
nya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan tu-
rut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri. Akibatnya akan
bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kesedihan isteri.
Kesedihan yang berpanjangan sedikit sebanyak boleh men-
jejaskan urusan rumahtangga. Suami perlu menghiburkan
isteri dengan berbagai cara, umpamanya bawa berjalan-
jalan, makan angin, ziarah kawan dan lain-lain.
8. Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Ertinya
dalam urusan rumahtangga, karier kerja, anak-anak, perlu
mendapat kerjasama yang baik dari suami. Jangan di-
bebankan sepenuhnya kepada isteri. Secara automatik ber-
lakulah perkongsian dalam kehidupan berumahtangga.
9. Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang
di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan mata
kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata
memberi perhatian atau memberi perasaan terhadap
wanita lain. Di antara hikmah larangan ini ialah supaya
hati suami tertumpah kepada isterinya sahaja. Sekaligus
suami tidak membanding-bandingkan wajah isteri dan
perangai isteri sendiri dengan wanita lain. Isteri itu adalah
anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan semenjak
azali
lagi, terimalah seadanya.
10. Berbincang bersama. Sama ada dalam soal masalah atau
perancangan keluarga, elok dibincangkan bersama supaya
terjamin memperolehi penyelesaian yang tepat dan me-
muaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya sama-
sama dapat menerimanya.
11.Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak didedah-
kan
kepada orang lain. Dalam kes hendak membuat pengaduan sekalipun kena juga dibatasi, sekadar mema-
hamkan hakim atau orang tengah. Tidak sampai men-
cemarkan maruah isteri.
12. Sentiasa merendah diri kepada isteri, atau dengan istilah
lain sebagai tawadhuk. Merendah diri bukan bererti
meletakkan diri hingga boleh dihina oleh isteri. Tawadhuk
ertinya tidak ego, sombong dan merasa diri segala-galanya.
Perlu diingat, tiada manusia yang benar-benar sempurna
dalam segala hal. Sebab itu perlu tawadhuk kepada isteri
kerana dalam banyak aspek, seorang suami memerlukan
isteri dan banyak perkara suami tidak upaya berbuat dan
bersabar seperti yang dilakukan oleh isteri. Tawadhuk juga
bermaksud berlapang dada serta boleh bahkan bersedia
menerima teguran, nasihat dan ingatan dari isteri.
13. Suami perlu bertolak ansur dengan isteri. Suatu ketika
seorang rakyat Sayidina Umar hendak mengadu sesuatu
masalah tentang isterinya kepada Sayidina Umar. Ketika
berdiri di halaman rumah, dia terdengar kata-kata rungut-
an dari isteri Sayidina Umar sedang Sayidina Umar sendiri
hanya senyap berdiam diri.
Lantas rakyat itu pulang saja dan berkata seorang diri,
"Sedangkan Sayidina Umar se-
bagai khalifah pun isterinya merungut."
Keesokan hari, dia bertanya kepada Sayidina Umar mengapa
mendiam- kan diri sahaja. Sayidina Umar menjawab,
"Aku sangat bertimbang rasa kepada isteriku kerana dia berkhidmat
untuk aku, menjaga rumahtangga aku, menjaga makan
minum dan pakaian aku, dan dia menjaga anak-anak aku."
14. Suami sentiasa kasih kepada isteri
. Fitrah semula jadi manusia lebih mudah mengasihi orang yang ada pertalian
dan orang yang berjasa. Contohnya ibu bapa mengasihi
anak-anak dan sebaliknya. Antara keduanya ada pertalian.
Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemimpin-
nya kerana pemimpin banyak berjasa, begitulah seba-
liknya. Suami dituntut supaya sentiasa mengasihi isteri
atas dua sebab tersebut sekaligus. Iaitu ada pertalian yang
Tuhan lakukan melalui pernikahan yang sah, serta atas
sebab jasa. Dalam hidup seorang suami, isteri adalah orang
yang amat berjasa. Jasa isteri itu mewajarkan seorang sua-
mi mengasihi isteri. Inilah satu bentuk mengenang jasa
seorang isteri.
15. Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam ke-
hidupan wanita moden, mereka mendakwa ada segala-
galanya yang mereka perlukan. Bahkan apa sahaja yang
mereka mahu, mereka mampu memikirkannya. Namun
sebenarnya mereka tidak boleh menafikan fitrah semula
jadi iaitu mereka perlukan suami tempat berlindung, me-
ngadu, berkongsi perasaan, tampat merintih dan tempat
memperolehi dan menumpahkan kasih sayang. Ketiadaan
suami dalam hidup seorang wanita, kekosongan tetap
dirasainya terutama perasaan. Ini adalah fitrah semula jadi.
Menyedari dan memahami hakikat inilah maka suami
perlu sentiasa belas kasihan kepada isteri.
Mereka adalah golongan yang perlukan perlindungan,
maka lindungilah mereka dengan penuh belas kasihan.
16. Sebagai menyempurnakan wibawa sebagai suami maka
suami hendaklah mampu menjadi imam sembahyang
jemaah dalam keluarga. Dan perlu berkumpul bersama
dan sembahyang berjemaah bersama.
17. Biarpun peranan ini diletakkan sebagai yang terakhir,
namun inilah yang paling penting. Iaitu suami perlu
memperlihatkan dirinya orang yang sangat membesarkan
Tuhan, mengutamakan Tuhan, bercita-cita dan bermat-
lamatkan Tuhan
. Ini mestilah diperlihatkan di dalam setiap aspek kehidupan. Jelas memperlihatkan dirinya hidup
bersama Tuhan.
CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
ISTERI
1. Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagai
seorang isteri terutamanya terhadap suami.
2. Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan
ikhlas atau murni kerana Allah semata-mata.
3. Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan.
Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan
dosa.
4. Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami.
Melalui bersikap tawadhuk, bimbingan, teguran dan tun-
juk ajar dapat berjalan lancar. Merendah diri juga agar tidak
berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmonilah
kehidupan keluarga.
5. Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam
layanan, sikap, percakapan dan ketaatan
.
6. Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami.
Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan
hati, menenangkan perasaan dan menambahkan kemes-
raan.
7. Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh
suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang mem-
bebankan suami boleh menganggu perasaan suami, boleh
mengeruhkan hubungan. Kalau keterlaluan mendesak,
suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa.
8. Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam apa
aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar dan
kurang memberi kerjasama mudah meretakkan hubungan,
boleh berlaku krisis dan membantutkan banyak peran-
cangan keluarga.
9. Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah ber-
sama suami. Dari situ nanti akan banyak memperoleh
rahmat dan berkat
dari Tuhan dan mengeratkan lagi hu- bungan hati.
10. Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu di
rumah lebih-lebih lagi di luar rumah.
11.Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hendak-
lah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa hal dan aspek,
tidak pula dituntut sebagai wajib, namun di situlah ruang
dan peluang bagi seorang isteri mengumpul sebanyak-
banyak darjat taqwa di sisi Tuhan
. Seorang hamba itu ha- nya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan melalui saluran
yang bukan perkara fardhu atau wajib, melainkan dalam
perkara-perkara lain yang dibuat sebagai usaha mencari
bekalan taqwa.
12. Sedangkan lidah lagi tergigit, maka apabila timbul seba-
rang masalah, cuba dibawa kepada perbincangan bersama.
Elakkan dari retak dahulu baru hendak dibincangkan.
Kalau retak dahulu, bincang kemudian, keadaan begini
kurang berkesan untuk mengatasi masalah.
13.Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu
berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati. Jangan
korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtangga hanya
semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri.
14. Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa
dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding ke-
silapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazim-
nya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadang-
kadang bukan disengajakan atau hanya salah faham, atau
kerana menghadapi tekanan. Bila gagal melupakan ke-
salahan suami akan subur dendam kesumat yang boleh
mencetuskan huru hara dalam rumahtangga. Ini umpama
sumbu mercun yang gagal dipadamkan. Sumbu mercun
itu hanyalah sekadar keluar percikan bunga api. Bila tidak
dipadamkan, letupan mercun amat kuat bunyinya.
15. Memberi semangat kepada suami. Sesekali berlaku juga
lemah semangat
kepada suami, bukan lemah jiwa. Dalam situasi demikian, maka isteri hendaklah bersikap seperti
Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula mene-
rima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Rasu-
lullah SAW dan memberi semangat serta perangsang
dengan tugas besar yang baru diterima oleh Rasulullah
SAW.
16. Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan
aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan se-
penuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memuliakan
suami serta tanda merendah diri kepada suami.
17. Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak didedah-
kan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa dan kawan
sendiri.
18. Isteri juga hendaklah berusaha membesar dan menguta-
makan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba yang
hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.
jom kita baiki...!MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD