Header

Wednesday, September 24, 2008

Turun gak sikit..

well.. baru je aku membebel pasal harga minyak aritu kat entry Minyak oh minyak ...

arini diumumkan minyak petrol n diesel akan diturunkan rm0.10 mulai esok... !!!

seposen???

ye la.. turun la jugak kan.. tp ada sorang tu tak reti2 nak TURUN !!!

Aku terbaca 1 artikel yg agak menarik kat harakahdaily.net:

"Duit raya sekupang", inflasi naik 8.5 peratus
Abdul Aziz Mustafa
Wed | Sep 24, 08 | 9:10:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Walaupun kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok tetapi kesan dari tindakannya menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 pada 4 Jun lalu mengakibatkan cengkaman inflasi semakin ganas memangsakan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.





Dianggap sebagai "hadiah" kerajaan Abdullah kepada rakyat oleh Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar, Malaysiakini melaporkan angka rasmi yang dikeluarkan hari ini, kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahan api.

"Tidak ada jaminan inflasi akan berkurangan walaupun harga minyak diturunkan 10 sen lagi kerana harga barangan tetap tinggi.

"Sebagai contoh mudah, adakah esok harga minyak turun 10 sen, lusa adakah harga makanan di pasar-pasar Ramadhan akan turun?

"Apa pun, terima kasihlah kerajaan Pak Lah bagi duit raya sekupang kepada rakyat," kata Mahfuz dengan sinis.

Ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank, Wan Suhaimi Saidi, menyifatkan kadar inflasi 8.5 peratus itu lebih tinggi daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan.

"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.

Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.

Menurutnya, kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 peratus dalam bulan Ogos, berbanding dengan setahun yang lalu. Kadar inflasi yang tinggi sudahpun menjejaskan pengguna dan mendorong ramai rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka bagi makanan.

"Peningkatan (kadar inflasi bagi bulan Ogos) ditunjukkan dalam kumpulan-kumpulan terpilih utama, iaitu makanan dan minuman bukan alkohol," katanya dalam satu kenyataan.

Data bulan Ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan kategori, termasuk pengangkutan yang melonjak 21.8 peratus, dan restoran dan hotel yang meningkat 6.5 peratus.

Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus dalam bulan Jun, sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan kos subsidi, tetapi telah membayangkan bahawa kadar harga boleh diturunkan tidak lama lagi.

Inflasi kekal tinggi

Selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Ogos, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau tidak menjangka CPI bagi bulan September akan lebih rendah.

"Walaupun, kesan sepenuhnya pengurangan harga petrol dalam bulan Ogos dan sekarang belum diambilkira sepenuhnya, CPI bagi bulan September mungkin tidak lebih rendah.

"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.

Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.

Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.

Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus.




mmm.. sori la tp aku dah lama boikot Utusan Meloya & Berita Hairan....

kahkahkah..

so korang dah tau la aku kaler apa kan??????

Related Posts:

  • Ganyang Malaysia... Adoi lahhhDah lama rasanya aku tak ajak kita semua sembang hal isu semasa plak kan?sorry la sesangat... maklumla bulan puasa camni kan byk la aktiviti buka puasa n sahur bagai..kebanyakan entry blogger sume berkisar pasal makanan.. buk… Read More
  • Awas.. Blacklist PTPTNbayar tak?apa? tak pernah bayar?korang ni mmg layak untuk dibuang daerah!!!buang negara terus lah!!!dah pinjam PTPTN tu, pepandai la bayar.. hihiihii..dah nama pun pinjaman...setiap yg meminjam, kene la pulangkan balik...tak … Read More
  • Antara Cinta Sempurna n Nur KasihAku manusia lemah Selalu terjatuh Berbeda aku darimu Kau berdiri teguh Aku serba tiada Aku kekurangan Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan Sempurnanya sifat Telusnya hatimu Jujurnya niatmu Tingginya kesbrnmu Lepaskan … Read More
  • LIVE: Blackout diKG kuHuhuhu uolsWeols beraya dlm gelap gulita nih....adoyaiiiiSatu KG Mahang, Kok Lanas nih blackout uols.......nasib baik weols masih kat umah tadiN Avin Damia adalah tidak kisah even gelap gulita kerana dia melayan Geng Upin &a… Read More
  • Zakat Sudah TertunaialhamdulillahAlhamdulillah zakat fitrah bagi team mv.com untuk tahun ini (1430 H) sudah pun tertunai.....syukuran.Hari Sabtu lepaskan weols ke majlis berbuka puasa bersama² Nuffnang tuh kat The Apartment, KLCC kan so untuk ta… Read More

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!