Header

Tuesday, June 24, 2008

Suatu Petang @ KLCC

Suatu petang yg damai dan ceria prebetsabu's family telah merendek² ke KLCC, turut ikut bersama² mereka aldh bibik dan juga Mak Lang Avin Damia. Mereka sebenarnya pergi kesana hanyalah sekadar ingin membawa puteri kecil yg cinonet itu bersuka ria dengan tidak mempunyai niat utk membeli belah pun n tdk jua mempunyai niat² yg lain kerana Prebetsabu sbnrnya sedang dilanda ke'frust'san coz dia sbnrnya ingin pergi ke show room kawasaki or naza bikes utk melihat² moto idamannya serta mahu bertanyakan menawarkan harga tetapi malang sekali kerana kedai² trsbt telah menutupkan diri pd hr ahad.

"Hampeh sekali kedai² sebegini kerana menutupkan kedai pd hr ahad, sedangkan hari ahad ler org² sprt aku dapat menghadirkan diri utk meninjau² serta membelek moto² idaman ini."....

Mugkin itulah kata² yg lahir dalam hati prebetsabu. Sebenarnya aku tidak tahu kerana aku hanyalah meneka sendiri semata², namun aku rasa mungkin betol kot kerana nmpk dari air mukanya seakan² berkata sebegitu. Maka aku sbg seorg isteri yg mithali (mithali ke B?? baik jwb mithali...kalu xjwb mithali nanti mlm tido luar...V majuk..hehhe) teruslah ingin memujuk prebetsabu yg sudah agak murum itu dengan memberikan idea utk membawa kami semua ke KLCC leh ler bwk Avin Damia meronda² melihat gelagat kanak² bermain² air di kolam sambil melihat couple² yg bercintan-cintun menghirup udara ditaman tersebut. Utk rekod aku sendirik, ini adalah first time Avin Damia menjejakkan kaki ke KLCC.

Seperti yg dirancang, aku mmg tidak memborong apa² di Suria KLCC, even naluri aku membuak² utk menarik tgn prebetsabu masuk ke vinci n juga kedai² lain namun aku sabarkan ajer hatiku.huhuh...xper tggu ler time shopping raya nnti aku nk borong je sumer yg aku suka...huhu..giler tamak aku. semoga bila tiba saatnya nanti setan² dlm diriku ini sumernya sudah diikat di neraka sana. Selepas berjalan² sambil mencuci mata serta melayan kerenah si puteri kecik tuh, fuhhhh sungguh ler seronok dia melihat org yg ramai giler didalam suria KLCC ituuh, maka setelah agak kepenatan kami pun menjamu ler selera di A & W...Avin Damia pun sungguh berselera menjamu selera dgn curly french fries ittuh.

Sesudah perut kenyang barulah kami keluar ke taman n menuju ke arah kolam utk kanak² bergumbira itu. Melihat kanak² yg sungguh ler beriang gumbira bermain² serta bermandi manda di kolam itu aku pun turut terhibur. Avin Damia begitu teruja utk sama² bermain. Oleh kerana dia masih belum pndai berjalan maka prebetsabu terpaksalah membawa dia turun. Oleh kerana keterujaan dia itu seakan bertambah² maka aku pula terpaksa memainkan peranan...huhuh...sungguh ler seronok bila tgk anak kita dan org² di sekeliling kita seronok.

muka avin damia yg begitu teruja melihat bendalah ini





























Related Posts:

  • LIVE: Selamat Datang Ke Labuan!Hahah.. 2jam lbh sikit je naik flight... Dah smpi.. Ye aku g labuan lah.. Sorang je.. Viona ada kl.. To rasp- bkn.. Tpt itu mmg kitorang bedua g nov ni.... Now g labuan ada keje... Site baru d sini lak.. *mati kutu lak rsn… Read More
  • LIVE: Bye bye KL...Sila ambil perhatian, Tuan-tuan Puan-puan, Penerbangan AK 5176 akan berlepas sebentar lagi.. Nak g mana? Acu demo terai search air asia tgk 5176 gi mano... *sekejap cuma Sent from my BlackBerry® wireless device vi… Read More
  • Hi Tea ke Dinner nih????menu yg membuatkan perut kami kenyang petang semalamBalik keje ptg tadi, PS ajak minum petang kat luar boring minum green tea je ngan biskut tiger tak pun keropok ikan sajork...hikssss. Biskut tiger harus ada kat umah, aku ny… Read More
  • Tersakit hati pulak ngn MyKad Malaysia yang selalu rosak nih!KENAPA KENAPA KERANA APA?Kenapa baaahhhh kau berubahhh kenapa bahhhhhhh!Ni sbenarnya dah kali ke 2 aku tukar maykad aku..2-2 kali kene tukar sbb cip xleh baca...Yang pertama kali tu..Mmg salah aku gak la..Fyi, keje aku time t… Read More
  • Antara Candid n GediksYang mana uols lagi suke?????Kalau ahkak mv uols nih dedua suke.............lolDepend pada keadaan gak ler ada kadang tuh action kita time candid camera nih lagi cun.....maklum saja ler bak kata org gerak geri tulen gitu tak … Read More

3 Comments Uols:

tipahvogue said...

dah lama tak bawak anak2 buah gi taman permainan klcc tu...huhuhu

Masviona said...

best kan sesekali leh bwk bdk2 kesana..kita yg terhibur tgk diorg sronok n bgumbira itu

Ada Dalina said...

bestnya g KLCC..
huhu.....nnt nak bwk Ayriss g Aquaria laa...
tp ntah bila..tggu dia beso sket kot...

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!