Dokumentari Europe
Paris London Holland and many more!
Wednesday, May 25, 2016
Berniaga Secara Beretika
Mata tetiba terbaca pasal ada yang dok kecok-kecoh buat status pasal kondem product orang kemudian buat comparison dengan product sendiri, as for me saya nampak seperti bertujuan untuk mengatakan yang product diri sendiri adalah bagus dan persuade orang supaya tertarik dengan product sendiri.
Pada saya ini adalah salah satu amalan yang tidak beretika seorang peniaga. Amalan kotor dan tidak jujur. Memanglah as a product owner kita sudah semestinya dan seharusnya menonjolkan kebagusan dan kelebihan product sendiri berbanding product orang lain tetapi haruslah mengikut etika-etika yang betul.
Business Ethics juga kena ada jika kita benar-benar ingin menjadi seorang ahli perniagaan. Jangan beria niat nak berniaga tapi tak persiapan ilmu didada dengan ilmu-ilmu bisnes dan Business Ethics nih. Ala sebenarnya uols business ethics atau etika bisnes ni sama je macam etika kita menjadi seorang manusia yang baik dan jujur lebih kurang jer pun kan cuma sket-sket jerlah bezanya tapi sepatutnya yang basic tu kita kenalah tau kan. Bukan lah nak kata saya nih pandai sangat tapi sekurang-kurangnya kita belajar kalau kita rasa kita tak suka orang buat macam tu kat kita jadi kita pun jangan buat benda yang tak elok tu kat orang lain....haaa mcm tuh.
Kita tidak seharusnya kondem product orang lain. Sangat-sangat tidak bagus uols.
Apa yang membuatkan saya lebih terkejut sudahlah disebut dengan jelas dan nyata nama product orang lain yang di kondem itu...tak ada tapisan langsung kot lah
Sebagai contoh
ubat gigi colgate ditukar
sebagai colpagar ke kan
masih boleh la diterima ini tidak di mention nya sebijik sebijon nama product yang lain tuh.
Selepas tu boleh pula siap paparkan secara umum berapa harga kos yang diberi kepada agent berapa harga retail. Ini semua sekiranya mereka peniaga yang beretika mereka haruslah tau mengenai trading secret.
Trading secret = rahsia perniagaan sesebuah syarikat itu tidak boleh dibincangkan secara umum. Mana-mana syarikat pun pasti akan ada trading secret mereka sendiri tak kira perniagaan kecik ataupun perniagaan besar so sepatutnya kita harus respect itu.
Cuba kita lihat iklan-iklan daripada big-big company di kaca televisyen contohnya. Misalnya iklan sabun pencuci pingan AXION mereka nak compare dengan sabun pencuci yang lain kan tapi mereka tidak akan letak dengan jelas nama pesaing (competitor) mereka contohnya KUAT HARIMAU. mereka tak kan tulis KUAT HARIMAU paling kuraang pun akan tulis sabun pencuci XXX sahaja.
Nampak tak???
inilah yang dikatakan profesional.
Memanglah kita mesti dan wajib mengwar-warkan kepada seluruh pelusuk alam yang product kita baik dan bagus terbaik tahap gaban sekalipun tapi kita tidak seharusnya BLAME and KONDEM product orang lain.
Betul tak??
Berniagalah kita secara jujur, amanah, berhikmah dan beretika!
dan kita ambil benefit daripada the Power of Doing the Right Thing gitu.
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ
Susah Ke Nak Declare GST?
WAHAI PENIAGA, JANGAN DIMOMOKKAN DGN TANGGAPAN GST ITU PROSES YANG MENYUSAHKAN.
Saya nak bebel. Tadi pun kami dah pi mengadap Peg Kastam yang jaga akaun kami sebab ada few fine details yang kami tak berapa sure.. so kita dapatkan penjelasan secara 4 mata.
Ramai peniaga kecil (sme) macam kami ni yang dipropagandakan dengan betapa susah dan remehnya proses declaration GST.
Meh nak story. Saya memang suka bercerita
Jika sekiranya perniagaan anda membuat JUALAN KASAR RM1388 sehari, bersamaan RM41666 sebulan atau RM500k setahun, perniagaan anda telah jatuh ke dalam kategori wajib daftar GST.
Dah daftar?
Sekiranya tak capai target jualan yang macam tu, anda tetap boleh daftar SUKARELA untuk imply GST terhadap barangan jualan anda. Tapi anda harus ingat, once anda register sukarela, anda adalah terikat untuk meng-caj GST dalam barangan jualan anda selama 2 TAHUN.
Apa bagusnya GST ni? oohhh.. let me rephrase the question... apa kelebihan register GST ni? Haa kelebihan untuk peniaga.. saya bercakap dalam konteks peniaga... bukan konteks pengguna, bukan konteks patriotism bagai.
Bagusnya GST untuk kita peniaga ialah kita boleh kontra balik caj GST dari supplier/importer kita and caj directly to end user.
Erti kata lain, kos GST sebenarnya diserap oleh end user.. dan lebihan caj GST itu akan diterima balik kepada Kerajaan Malaysia melalui declaration dari peniaga - input and output.
Ramai yang rasa macam mimpi ngeri je nak declare setiap 3 bulan ni (tempoh declaration standard ialah 3 bulan.. ada company multimillion punya transaction kena declare every month!)
Sebenarnya mudah je proses...
Ada buat filing tak? haahhahahaha
Bagus kalau ada buat filing utk setiap supplier kita...
Dan ada keep record transaction jualan tak? (Siapa jawap takde keep rekod jualan, sila ketawa dalam tangisan)
Dedua rekod ini lah yang kita namakan input dan output.
Pastu gi buka web Taxpayer Access Point (TAP) yang disediakan oleh Kastam. Login dan declare di situ.. kat File Now tuuuuu
Ruangan input output tu lah dia ruangan invoice yg diterima dari supplier dan ruangan jualan.
Output Tax ialah ruangan nilai jualan barangan kita dalam tempoh tu.
Input Tax pula ialah ruangan pembayaran invoice yang kita dah buat kepada supplier kita.
So kontra daripada nilai dua dua segment inilah yang akan menentukan samada anda mempunyai lebihan atau perlu membuat pembayaran kepada Kastam.
Its that easy lah weh nak proses GST ni.. biasanya untuk SME ada pemulangan depends on transaction.. kalau pun kena bayar balik, tak banyak pun....
Keyword - Filing Filing Filing.. keep your documents organised!!!
Kalau anda tak submit declaration ni.. nanti kena penalty..
Jadi, sekiranya perniagaan anda jatuh kepada kategori WAJIB register, register lah..
Sekiranya anda nak SUKARELA register untuk kontra kan semula kos from supplier (which is dalam konteks sebagai Peniaga, it is a very smart move to do) register lah dan take advantage of the system.
Cukup sampai sini..
Adakah anda belajar sesuatu dari saya?
.
Peneraju Rangkaian Party Shop di Malaysia.
#glowingpartyhouse
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ
Monday, May 23, 2016
Konsep Berkongsi Rezeki
Dalam berniaga kita perlu terapkan konsep berkongsi rezeki nih uols.
Apakah itu berkongsi rezeki????
Contoh mudahnya lah kan.
Situasi 1: Kawan Buat Bisnes
Kita nih pelan nak celebrate majlis apa-apa lah then kita memang mampu nak beli cake mahal-mahal kat kedai yang best-best tapi kita kenangkan kawan kita baru nak start berniaga cake dan biskut secara kecil-kecilan dari rumah. Jadi kita pun saja lah nak gi tempah cake dengan kawan kita tuh.
Jadi inilah dia konsep berkongsi rezeki tadi. Silalah tempah cake dan order dengan kawan kita tadi tuh. Selain daripada kita dapat membantu bisnes kawan kita tadi tu dengan membayar servis nya membuatkan cake untuk kita kita jugak dapat nilai tambah lainnya iaitu mengeratkan silaturrahim.
TAPI.....NO No NO No ok!!!
Jangan pula jadi sebaliknya, kita ambil pula kesempatan keatasnya sebab dia kawan kita maka kita pun mintak slash harga kaw-kaw punya sebab kononnya dia tu kawan kita.
Please lah uols jangan buat perangai macam ni. Sian lah kawan kita tuh kalau kita betul niat nak membantu maka kita bayar lebih pun tak mengapa kan.....berlebih kurang lah kata dia tu kawan kita kan. Sudah tentu kawan kita tuh pun masa nak kasi harga pun sure dah potong harga jugak sebab fikirkan kita nih kawan dia kan. Betul tak?
Jangan pula buat sebaliknya sudah tau kawan-kawan lagi kita nak mark up harga tinggi-tingi. Korang tak macam tu kan????? Jangan buat macam tu tak baik.
Situasi 2: Kita Bisnes Owner
Example yang kedua nih pula kita twist sket. Kita yang jadi usahawan dan bisnes owner yang berjaya kemudian ada pula kawan kita nak menggunakan servis kita contohnya nak print sampul raya lah. (kan dah na raya nih kan hehehe)
Kawan kita pula dah bagi tau awal-awal lah yang dia baru start nak cuba-cuba try buat bisnes jadi modal pun kecik je marketing plak kena lah habis-habisan sebab baru nak mula so brand tak terkenal lah lagi.
Yang kita nih plak eksyen mak limah lah konon-kononnya kita nih dah jadi bisnes owner yang dah berjaya tahap jutawan segala sales dok bincang cecah juta-juta je hari hari kan so tak nak layan dah order sikit-sikit cikai-cikai nih.
Terus respond kat kawan tuh kata
"sorry lah beb!!! company aku tak ambil order kecik-kecik nih aku kalau buat printing sampul raya kena minimum order 100,000pcs baru aku ambil beb....mass production gitu. sorry lah dah lama aku set kan min order tuh"
tak cukup gitu tambah lagi ayat pedas tahap cili giling kan
"kau kalau nak order sikit-sikit kan kau cuba gi try tanya kedai printing apek tua kat depan tu"
Itu contoh eh
sian kawan kita tuh dah la baru start nak meniaga modal kecik kita pula kasi ayat deeeeep tajam menikam tahap tembus sumsum tulang kan. nak mengalir airmata pun tahan lah umur dah lanjut malu kat anak-anak pula kalau nak nangis depan member kan....huhuhu
NO NO NO.....Please jangan buat gini ye.
Jangan kita lupa walau berjaya mana pun kita sekarang nih, ingatlah dulu pun kita bermula dengan sekecil-kecilnya juga. Sekecil-kecil modal dan sekecil-kecil ilmu tapi berkat usaha dan kerja keras kita dan rahmat dan barakah Allah swt kita menjadi berjaya dengan sebesar-besar dan segah-gahnya bisnes yang kita ada. Tapi hidup inikan ibaratnya roda kan?
Apa salahnya kita anggap je mungkin kawan kita tuh boleh je order kat company printing yang lain tapi sebab memikirkan kita nih kawan dia so dia sket-sket pun nak order ngan kita sebab maybe juga niat kawan kita tuh kongsi rezeki tak kisah kecik ke besar kan. Manalah kita tau kan.
Jadi sama-sama lah kita berfikiran lebih positif ye uols dan jangan takut untuk berkongsi rezeki sesama kita insyaallah jika niat kita betul Allah akan sentiasa bersama kita.
Tak kan jatuh miskin pun jika kita berkongsi rezeki nih mana tau atas sikap kita yang berlapang dada dengan konsep berkongsi rezeki nih ada diantara member-member kita yang sangat-sangat merasa terhutang budi dengan kita dan disaat kiita susah nanti dia pula yang sudi membantu kita dan sebaliknya lah pula.
Ye tak?????
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ
Scammer Alert!
Nash
Peneraju Rangkaian Party Shop di Malaysia
#glowingpartyhouse
Saturday, May 21, 2016
Balloon Decoration
Balloon Decoration.
Benda yang nampak simple, mudah dan remeh temeh je pun.
Tapi sebenarnya ia dapat memberikan effect n impact yang sangat besar.
Kalau dulu masa awal-awal pembabitan saya dalam bidang ini agak susah kita nak meyakinkan orang ramai atau pun lebih tepat lagi potential customer kita betapa besarnya impact balloon decoration ni.
Dulu maybe saya akan mengambil masa purata hampir sejam untuk memberikan konsultasi sahaja bila ada customer yang berminat dan bertanya mengenai balloon decoration ni...sebabnya tugas saya bukan sekadar menerangkan mengenai harga dan breakdown apa sub-sub items yang terkandung dalam pakej-pakej yang terlibat tetapi kerja saya lebih kepada untuk menerangkan, memberitahu, mengajar serta meng "educate" customer kepada services yang saya jalankan.
Apakah itu Balloon Decoration.
Namun itu semua sedikitpun tidak pernah melunturkan MINAT dan USAHA saya selama ini.
Bukan itu saje saya juga sudah berniat untuk "menyumbang" dalam bidang ini kerana kadang-kadang apa yang customer bayar itu hanyalah sekadar cukup untuk saya membayar harga kos sahaja tapi saya dan suami sudah bercita-cita dan berniat tak apalah saya berlapang dada untuk berlebih kurang saja dengan customer demi untuk membuatkan mereka tersenyum lebar dan puas hati apabila selesai majlis mereka.
Dan alhamdulillah formula yang saya jalankan ini berhasil apabila saya memberikan sesuatu yang lebih daripada apa yg dibayar ternyata mereka tersenyum girang dan mereka mula menjalankan kerja mereka selepas itu.
Apa kerja mereka itu?
Nampak tak?
Inilah sebenarnya salah satu RAHSIA
Bagaimana #glowingpartyhouse boleh cepat naik..... growing macam sekarang....walaupun founder nya kekeringan dana.
Foundernya masa tu tiada fund langsung pun. Hidup cukup-cukup makan buat lepas bayar hutang-hutang bank je pun.
Apa kerja mereka nih sebenarnya????
Kerja mereka adalah melakukan pengiklanan dari mulut ke mulut.
Kata orang putih
Mouth to mouth recommendations
Gitu.
Cabaran dan dugaan untuk kita yang menjadi pelopor dalam sesuatu bisnes itu agak besar sebenarnya. Yelah kita jalankan bisnes yang orang masih samar-samar pun apa bendanya tu. Customer kita tak tau pun apa yang mereka nak sebenarnya kita yang harus memperkenalkannya.
Jadi kita kena banyak-banyak bersabar dan bertabahlah mengulang-ulang ajar benda yang sama setiap hari tetapi kepada orang yang berlainan. Naik berbuih mulut mulut iouls nih uols dah tu setiap hari ulang-uang benda yang sama sampaikan balik rumah malam-malam nak bercakap dengan suami dan anak pun dah penat mulut dah jadinya....hiksss.
Tapi alhamdulillah hasilnya sangattttttttt BERBALOI-BALOI!!
Cuba korang nilaikan sendiri
5-6 tahun lepas kan
Adakah bila korang pergi kemana-mana majlis harijadi lah katakan
Nampak belon helium tak?
Nampak twisting ballon tak?
Nampak balloon arch tak?
Nampak belon pillar....column balloon?
Standee balloon?
Sculpture balloon apatah lagi kan
But now cuba tengok
Usah kata majlis harijadi
Tapi
Majlis bertunang
Majlis nak meminang
Majlis aqiqah
Baby moon...baby shower
Naming ceremony....full moon
Hen night.....bachelorette party???
Semuanya pun ada helium balloons dimana-mana kan....kan..kan
Dan agak-agak uols kan
Sapa paling HAPPY???????
Hehe
SAYA lah tu
Yes ME!
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ
Wednesday, May 18, 2016
Jangan Drive Pangku Anak, boleh tak?
Drive sambil pangku anak kat riba n pegang stereng kereta adalah tindakan BODOH.
Tau tak? Kita drive kereta ni, semua babitkan keselamatan nyawa kita dan orang lain juga?
Saya dah selalu perasan few of my friends and others kat fb community groups dah banyak kali juga pesan, tolonglah jangan pangku anak kat riba time tengah driving.. ada pulak tu yang siap bergurau senda bergelak-gelak kasi anak pegang stereng konon-konon anak tu lah yang tengah drive.
Kebodohan apakah ni semua?
Tak payah bagi alasan:
- i am a mother... driving alone.. anak menangis nak kat i juga time drive.. so daripada dia memekak menangis sakit telinga i, baik i pangku dia je.
*and saya ada juga baca di community page, ada lady driver yang siap BF time drive.. dusyummmmm!!
- ni lah quality time family aku.. keje awal pagi sampai lewat petang.. ambik anak kat pengasuh, time ni la nak manja-manja ngn anak!
- takpe.. aku drive keta ni bukan lesen terbang.. dah 25tahun aku dapat lesen ni. Aku dah pro lah bawak kete.
Dan few others alasansssss.
Ini semua alasan ba alif ngang!!
Saya tak dapat proses kebolehterimaan alasan cenggini.
Membahayakan nyawa anda, anak anda dan juga orang lain. Full stop.
Jangan marahkan saya jika saya labelkan anda yang drive dgn anak di riba adalah sebagai penghidap penyakit kecacatan otak.
*pagi tadi lepas hantar Avin ke sekolah, serempak ngn lady driver ni. Makeup cantik kemas. Anak dalam 2yrs old melepak kat riba time drive. Waktu kereta saya di sebrlah kerrta dia, saya hon dia, and tunjuk kat anak dia.. dia jeling macam konon perasan saya nak ngorat dia. Puihhh kalau nak jadi cacat, jangan risiko kan orang lain sama.
.
Nash
Cubaan untuk mengajar golongan cacat otak.
#glowingpartyhouse
#mvcomely
Tuesday, May 17, 2016
Peniaga dalam talian mungkin kena cukai tahun depan
Nah link:
http://www.bharian.com.my/node/154564
![]() |
| http://www.bharian.com.my/node/154564 |
Dah hidup dalam negara demokrasi yang islam sebagai agama rasmi, beginilah. Cukai sana cukai sini.
"Mungkin" akan dilaksanakan.
Dan pasukan LHDN dah pernah pun hantar email pada pemilik www.glowingpartyhouse.com dan www.facebook.com/glowingpartyhouse minta supaya di declare company mana yg miliki dan menjalankan perniagaan tersebut kerana didapati menjalankan urusniaga dalam talian.
Saya setuju sebulat suara peraturan yang mewajibkan peniaga online untuk register Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tujuan keselamatan pengguna juga yang dapat faedah kerana peniaga berdaftar secara sah.
Even untuk pendaftaran ni kerajaan pun dah berjaya pungut duit yuran sebanyak lebih kurang rm70 setahun.
Mungkin itu masih tidak mencukupi, sekarang kerajaan mencadangkan untuk membuat cukai pula untuk peniaga online. Saya sedih sikit bab ni. Tak cukup lagi ke mengambil kesempatan ke atas penduduk negara sendiri? Tak cukup sangatkah perbendaharaan dan perolehan negara sekarang?
Dan pelbagai persoalan lagi yang bermain di minda.
Bagaimanakah pula pengiraan cukainya nanti?
Dan bagaimana pula perkiraan untuk peniaga hybrid, yang menjalankan perniagaan online dan juga offline?
Kalau bab www.glowingpartyhouse.com saya faham, kerana di situ ada shopping cart...
Tapi di facebook page pun dia query? Tu hanya profile hasil kerja je kot.
Berfikir baik.. kami ikut je arahan dan suruhan.
Syukur company kami adalah patuh kepada semua arahan dan peraturan. So, nothing to hide.. kita pun kemukakanlah siap nombor file apa semua.
Good luck buat peniaga di luar sana.
Dah banyak kali saya share and tekankan supaya patuh segala peraturan Malaysia.
Ibu bapa seharusnya menjaga kebajikan anak-anak dibawah jagaan mereka, bukannya menghimpit mereka dan mengerah setiap keringat mereka untuk kesenangan ibu dan bapa tanpa mengambil kira kegembiraan hati anak-anak??
.
Nash
Peneraju Rangkaian Party Shop di Malaysia
#glowingpartyhouse
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ
Monday, May 16, 2016
Siapa boss?
Burrppp alhamdulillah kenyang.
Orang kata lelaki yang kenyang adalah lelaki yang gembira!
Harini partner saya belanja saya lunch (eh rasanya tiap hari dia yang belanja! Kihkihkih)
Pandai tektik dia.. lps saya dah kenyang, dia mula sesi brainstorming pulak ahhahahahaha
Bergabung meletuuupppp!
Bila suami isteri bersama menjalankan perniagaan utama, ada pro and banyak kontranya.
Persefahaman yang solid adalah teras utama. Pengasingan tanggungjawap hakiki sebagai suami isteri and coworkers adalah perlu.
Dirumah dia isteri. Di office?
Ramai dok tanya, siapa boss?
Wanita inilah boss saya and i am happy to serve her as my partner.. she holds the bigger share in our company. And dia participate secara total dlm company.. bukan as sleeping partner.
Seandainya jadi apape pada saya, sekurangnya saya tau dia boleh manage, insyaallah.
Ini liku-liku perjalanan kami dan pasukan kami.
Sengaja saya share di media sosial untuk perkongsian bersama. Tiada nilai estatika dan pengajaran yang tinggi dari kisah kami, tiada mengajar anda semua utk menjadi jutawan dunia mahupun jutawan akhirat.. just suatu bacaan utk anda mengisi masa lapang je.
Nash
Peneraju Rangkaian Party Shop di Malaysia
#glowingpartyhouse
Comfort Zone will kill you!
Tak reti lah!
1 situasi yang bahaya ialah Comfort Zone.
Keadaan apabila kita dah berasa selesa dengan apa yang kita kecapi.
Contohnya jika kita dah jadi Senior Exec etc etc.. dengan gaji yang dah stabil, most of us tends to be in comfort zone.. prestasi yang stagnant.. kurang usaha dah untuk perbaiki diri and push untuk lebih maju ke depan.
Zone yang amat bahaya.. zone yang "membunuh"
Kalau kita dah rasa steady and selesa, pastu kita berehat dalam zone tu lama-lama, jangan terperanjat bila ada insan lain yang outperform u and pintas u selamba je...
So jagalah prestasi anda.. sentiasa ada desire untuk bangkit dan lebih ke depan (bukan perut je yg nak dibuncitkan ke depan.. tapi prestasi kerja juga)
-------**-------
Our Business Development Exec dah pun come out with a proposal.. kami dah review and fine tune.. all is well!
Ok jom kita semua #teamGPH lebih paduuu dari biasa dengan langkah yang lebih teratur kita mengorak langkah lebih lebar insyaallah. Bersama kita lebih maju.
Bismillah!!!
.
Nash
Peneraju Rangkaian Party Shop di Malaysia
#glowingpartyhouse
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ
Sunday, May 15, 2016
Surprise Planner shopping Glowing Party House
Pagi-pagi Ahad yang indah ni bila tengok ada notification instagram dari customer-customer gorjes dari Glowing Party House sangatlah mengujakan saya.
Macam gambar ni, ini adalah surprise planner yang shopping balloon helium di Glowing Party House yang kami jangkakan beliau sendiri rasa teruja tengok belon- belon yang beliau beli untik customer beliau.
Yelah belon warna warni dengan pelbagai corak dan design sapa yang tak teruja kan. Hati yang rundum gundah gulana pun boleh jadi ceria sekelip mata hehe. Betul tak? Nak-nak bila perempuan adik-adik yang sweet lagi manis yang dapat kan. Tapi sebenarnya jangan kata girls je boys pun mesti sukakannya. Pendek kata balloon ni tak de limitasi semua peringkat umur pun sesuai.
Kalau dulu-dulu saya boleh listkan satu-satu surprise planner yang hampir setiap hari berkunjung ke Glowing Party House. Ada diantara mereka sekarang ni memang dah popular dan glamour. Itu rezeki masing-masing dan kami di Glowing Party House sangat-sangat happy kerana dapat menyumbangkan sesuatu kepada mereka semua ni.
Now surprise planner sudah terlalu banyak list mereka semakin bertambah hari demi hari bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dan saya dah tak mampu lagi nak keep track mereka tapi yang mana-mana otai dalam industri surprise planner ni sure ada no handphone saya sendiri. Tapi itu tak penting yang penting kami di Glowing Party House akan sentiasa menyokong dan support anda surprise planner sekalian biarpun anda baru bertapak, baru plan nak bermula sebagai surprise planner mahupun yang dah lama bertapak.
Silakan datang ke Glowing Party House di kesemua outlet kami.
Thank you and we promise to GLOW & SHINE your party.
Saturday, May 14, 2016
Cipta Peluang, Bukan Tunggu Peluang.
Bersembang dengan anak dara saya Avin Nurdamia Alhamra yg berusia 9 tahun dalam kereta tadi.
Tetiba dia bgtau, dah besar sikit dia nak buat bisnes jual kasut dan selipar!
Saya tanya mengapa? Dia kata sekarang ni takde pun selipar yang bila pakai kaki kita jadi sejuk.. pastu dia nak yang tak mudah melecet.. yang tak jadikan kaki merah..
Untuk orang tua mcm Atuk n Nenek dia nak buat kasut yang ada otomatik fungsi urutan supaya orang yang berumur lebih rileks.
Brand dia nanti nama "CatsMia"
Saya tersenyum je mendengar perancangan bisnes dia.. siap ada marketing strategy.. nak iklan di mana.. lagu rentak apa.. harga berapa..
Bila saya tanya pasal kos dia berapa? Dia kata kos dia akan kira semula sebab belum jumpa lagi orang yang boleh buat kasut jadi sejuk!
Allahu.. dia dapat identify permasalahan sekaligus mencipta idea serta peluang utk dia merancang dan berimaginasi.
Saya senyum meleret.
Semoga masa depan anak saya ni cerah hendaknya.. dunia dan akhirat. Amin!
*idea ini belum dipatentkan. Mohon jangan tiru. Hahahah
.
Nash
Bakal Ayah Kepada Founder Empayar Kasut CatsMia
#glowingpartyhouse
Dapatkan keperluan barangan party seperti belon helium, belon gas, belon terapung, gimik pelancaran, clown etc di Rangkaian Party Shop Glowing Party House www.glowingpartyhouse.com
LIVE: Sudahkah anda MAKAN harini?
Hahaha tajuk dengan pertanyaan yang tak boleh blah.
Mesti lah dah makan at least makan pagi walau makan tengahari tak dan lagi!
Now kami nak rehatkan minda di Corazon, kedai salon dan cafe bersebelahan dengan outlet Glowing Party House Bangi Sentral.
Meriah kawasan Bangi Sentral ni..
Dan dengar khabarnya restoran Nora Danish Kopi & xoxo pun akan buka berdepan je dengan outlet kami!
Tazzabarnyewww titewwww!!
Friday, May 13, 2016
Idea Bisnes Glowing Party House, Marketing Tools & Bagaimana Glowing Party House Berjaya
![]() |
| Post asal yang mengundang banyak pertanyaan di FB. Klik untuk buka di Facebook. |
Ok uols hari ni baru berkesempatan reply mana-mana yg sempat semua pm message, whatsapps n etc.
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Wednesday, May 11, 2016
Akhirnya! Masviona.com kembali kepada kami!!
Tatau camna nak mula..
Tak tau jugak samada dapat rentak and cara yang sama untuk menulis macam zaman
Tapi entah macam mana hari ni tergerak untuk cek semula availability domain name www.masviona.com ni.. dah bertahun dok bergaduh ngn company mat salleh ni yang dah hijack domain name tu and dia peram sebab nakkan traffik dari readers masviona.com yang pada suatu masa dahulu cukup ramai (bukan angkat bakul sendiri tapi realiti.. dulu ranking Alexa kita tinggi amat!)
Dan nak dijadikan kisah, rupanya Mat Salleh tu dah pun release domain masviona.com ni and dah available balik!
Syukur.. dan dan tu jgk kami grab semula domain ni..
so now bermula lah semula proses tweaking our old blog...
Buat readers baru, anda dijemput untuk menghabiskan masa dengan mambaca perkongsian kami sekluarga dalam entri² yang lepas².. basically masviona.com is all about us... our small family, our lif, our travel, our hobbies...
Insyaallah kami akan update semula blog yg dah bersawang ni...
As reintroduction...
Now CEO Masviona.com kita now dah naik pangkat!
She is now the Managing Director of her own company - Glowing Concept Sdn Bhd, yang membawa brand Glowing Party House - Peneraju Rnagkaian Party Shop di Malaysia. Yup yup.. dia now is a well established entrepreneur! Fokus kepada jualan secara retail dan wholesale barangan keperluan party - party items dan juga belon - helium balloons, balloon decoration - dan juga party entertainer - clown, magician etc etc.
Dan beliau juga merupakan pengasas kepada company MV Comely Beauty - yang membawa produk² kecantikan dan kesihatan!!
Rasa teruja dapat juga akhirnya gain control of this domain.. besar maknanya pada kami!
So insyaallah kita see uguys soon tau.. dengan more entries yang pastinya lebih matang, lebih berisi dan lebih perkongsian!
Bye for now!!!
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Tuesday, May 10, 2016
Dokumentari India - Day 3: City Palace
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD





































































































