Kalau dah nama pun Prebetsabu, tak sah la kalau tak komplen kan?
kekekeke.. ye la mmg aku sedikit fussy!!
Last weekend aku kene gi ke Mersing atas suruhan dan arahan dari client.. hehehe..
sebab pc server dorang dah start bengong.. so dorang mintak replace server yang baru..
wehh server weehh.. data sume dalam tu.. mana leh main² so nak taknak mmg kene g la..
ok.. takmo ulas panjang sangat bab tu..
aku nak ulas pasal hotel seri malaysia mersing yang kitorang duduk 1 malam..
Basically, Bandar mersing takde la banyak sangat hotel yang ada..
so aku opt for hotel seri malaysia nih..
rasanya ni pengalaman pertama weols try duduk kat rangkaian hotel seri malaysia.. belum kesempatan lagi nak try hotel ni kat tempat lain..
tapi aku sedikit terkilan la ngn layanan staff dorang kat sana..
biasa la, weols bawak family.. bawak budak.. so beg byk la.. ngn bag laptop 2 bijik lagi.. bag sus.. bag baju... etc
so masa kat kaunter lps checkin aku tanya la ada tak orang leh tolong angkat bag..
dengan selamba je staff situ bgtau "tuuu encik.. kat sana ada troli."
aiyaaakkkk... camtu ke.. ? bayar hotel ni boleh tahan gak mahal.. rm190 satu malam.. dah macam hotel 4 bintang punya rate (seri malaysia ni bape bintang ek?) so at least bagi la service yg ok sikit... tolong la customer awak ni angkat bag je pun bukannya nak soh dukung kitoang bawak pegi bilik..
ok lah.. takpe lah.. weols pun paking kete kat depan pintu masuk dia n punggah bag masuk dalam troli dia..
dan aku pun mintak masviona tolak troli tu masuk lobi sementara aku g paking kete..
lepas tu sampai je kat lobi, aku tengok muka CEO Mv.com kita ni dah monyok je..
dia kata takde orang pun nak tolong buka kan pintu tu masa dia nak tolak troli..
pintu tu bukan pintu automatik..
troli tu besar.. jenis yg ada hanger tu..
ngn avin lagi..
pastu dia terkial2 la nak kene buka pintu tu dulu, then jaga troli tu supaya tak bergerak.. then monitor avin..
padahal staff dia ada je kat reception tu dok sembang..
aaiiiiiiiiiiiiiiiiii........
kebetulan,bilik kitorang tujauh sikit la.. ke belakang sana..
so dgn susah payah la kitorang tolak troli tu..
saje je wat2 pancing staff situ.. "cik.. camna nak pegi bilik tu? ada troli ni nak tolak"
selamba je dia jawap "ohh.. encik tolak lalu ikut sini.. bilik encik kat belah sana, tingkat 1 naik tangga belah kiri ye encik"
adoii.. ingatkan saje la nak berkias harap2 dia paham la kot2 dia nak offer tolong tolak troli ni or at least offer la nak guide jalan pegi ke bilik..
dah la 1st time kat tempat dia, kene tolak troli lagi.. pastu terkial2 nak carik bilik pulak..
dan baru aku tau, hotel ni takde lift.. haha
mmg la 1 tingkat je pun.. tapi dah tau takde lift patutnya korang usaha la nak kurangkan beban pelanggan.. bawak kan lah bag2 tu!
sampai kat tangga.. tuuu dia aku dah jadi macam rak bag yang bergerak..
gigih naik tangga dgn segala bag tu..
bilik ok lah..
bersih..
katil rasanya macam uzur sikit.. so upacara Bed Jumping seperti yang biasa weols lakukan bila kat hotel tak berani la nak wat kat sini..
aircond baru lagi.. sejuk! best!
toilet punya lantai dah berbekas2 sbb dah lama kot? avin damia sedikit geli.. tapi bila dah convice dia itu bukan kotor tapi latai tu mmg camtu.. baru dia nak jejak kaki masuk
telefon dalam bilik dah jahanam.. nak cakap ngn reception pun tak dgr.. masing2 dok heeloo hello sbb fon tu bunyik bising..
mungkin bende ni dah jadi lama.. tapi reception dia tu takkan tak peka, tiap kali customer call from bilik tu dia igt customer tu saje je ke wat telefon tu jadi bisng mcm ada cengkerik kat dalam tu? aiyoooooo.. dah tau bising.. gi la tukar cepat.. kene plak aku kol 2-3 kali baru dia paham apa yg aku nak.
Mungkin sebab Seri Malaysia ni hotel dah lama..
so aku paham la kenapa bangunan dia nampak uzur..
tapi aku tak paham kenapa sikap staff dia pun uzur jugak ke?
tak tengok ke camna layanan dari hotel2 lain? even aku selalu gak duduk hotel murah2 rm80 satu malam, tapi service dia lagi tip top lah!
Harap Seri Malaysia dapat pertingkat kualiti servis especially kat front liner.
Korang prnah stay seri malaysia memana? camna pengalaman?
Kasihan Hotel Seri Malaysia...
MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD